Hot Chocolate Research Talk Siri 1/2025 – Advancing Impactful Research: Unleashing Opportunities with ASEA-UNINET Grant Recipients

     

     

    3 Februari 2025 – Bahagian Penyelidikan dan Inovasi, UiTM Cawangan Selangor telah menganjurkan program “Hot Chocolate Research Talk” Siri 1/2025 – “Advancing Impactful Research: Unleashing Opportunities with ASEA-UNINET Grant Recipients” dalam usaha mewujudkan platform untuk pertukaran ilmu dan kerjasama di peringkat antarabangsa. Program telah menyaksikan perkongsian ilmu oleh Profesor Dr. Alexander Truppdari dan Professor Dr. Tabea Bork-Hüffer dari University of Innsbruck, Austria.

    Ucapan aluan disampaikan oleh YBrs. Prof. Ir. Ts. Dr. Mohamad Hafiz Mamat, Timbalan Rektor Penyelidikan dan Inovasi, mewakili Rektor. Turut hadir adalah YBrs. Dr. Mohd Hafiz Mohd Hanafiah, Timbalan Rektor Bahagian Hubungan Industri, Komuniti, Alumni Dan Keusahawanan (iCARE), ahli Jawatankuasa Eksekutif Negeri (JKEN), Dekan Kolej Pengajian, Timbalan Dekan, dan penyelidik serta pelajar UiTM. Program ini bermatlamat menggalakkan pengantarabangsaan pendidikan dan kerjasama penyelidikan yang berterusan melalui Rangkaian UniversitiAkademik ASEAN-Eropah (ASEA-UNINET).

    #UCSCemerlang

    Sumber: Unit Komunikasi Korporat

    Hubungi Kami

    Universiti Teknologi MARA Cawangan Selangor
    Kampus Puncak Alam, 42300 Bandar Puncak Alam,
    Selangor, Malaysia

    Emel: korporatucs@uitm.edu.my

    Tel: +603-3258 4000