Taklimat Perkhidmatan Unit Komunikasi Korporat

     

     

    10 Februari 2025 - Unit Komunikasi Korporat UiTM Cawangan Selangor telah berjaya menganjurkan satu sesi Taklimat Pemerkasaan dan Prosedur Perkhidmatan. Taklimat ini bertujuan memberi penerangan perkhidmatan yang disediakan, proses permohonan dan pengurusan imej dan identiti korporat secara lebih efektif, selain menggalakkan komunikasi dua hala antara PTJ.

    Taklimat yang disertai oleh seramai 30 orang wakil-wakil PTJ dari Kampus Puncak Alam, Kampus Puncak Perdana dan Kampus Sungai Buloh, termasuk wakil pelajar ini telah disampaikan oleh Puan Nor Azyyati Md Saad, Koordinator Komunikasi Korporat, dan Encik Rosly Mahmood, Pereka. Diharapkan dengan adanya taklimat ini, kesemua PTJ di UCS akan lebih peka dan arif tentang aspek berkaitan korporat, bersama-sama menjaga imej dan meningkatkan ketampakan UiTM Cawangan Selangor.

    #UCSCemerlang

    Sumber: Unit Komunikasi Korporat

    Hubungi Kami

    Universiti Teknologi MARA Cawangan Selangor
    Kampus Puncak Alam, 42300 Bandar Puncak Alam,
    Selangor, Malaysia

    Emel: korporatucs@uitm.edu.my

    Tel: +603-3258 4000