10 Februari 2025 - UiTM Cawangan Selangor berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada wakil Bidang Senibina, Pengajian Senibina dan Senibina Dalaman UiTM Kampus Puncak Alam. Kunjungan ini bertujuan untuk meninjau peluang kerjasama yang lebih strategik dan berdaya saing di antara kedua-dua pihak pada masa hadapan.
Kunjungan yang diketuai oleh Dr Hailane Salam, Ketua Pusat Pengajian, telah disambut oleh YBrs. Profesor Dr Ahmad Taufek Abdul Rahman, Rektor, bersama wakil pengurusan UCS. Semoga kunjungan ini menjadi pemangkin kepada jalinan kerjasama yang lebih erat dan memberi manfaat dalam memacu kecemerlangan akademik serta pembangunan bidang senibina dan senibina dalaman di UiTM.
Sumber: Unit Komunikasi Korporat