14 Februari 2025 - UiTM Cawangan Selangor telah menyempurnakan tiga sesi Solat Hajat dan Bacaan Yasin Memohon Kesejahteraan & Keafiatan Buat KDYMM Tuanku CANSELOR UiTM, yang diadakan di Surau Ibnu Sina, Kampus Puncak Alam.
Majlis telah dihadiri oleh barisan pengurusan kanan, staf akademik, staf pentadbiran, wakil-wakil fakulti, pegawai dari Unit Hal Ehwal Islam, ahli jawatankuasa surau serta para pelajar yang bersama-sama menadah doa agar KDYMM Tuanku Canselor UiTM yang dikasihi diberi kesejahteraan dan keafiatan berkekalan.
Sumber: Unit Komunikasi Korporat