12 Februari 2025 - Unit Hal Ehwal Islam, UiTM Cawangan Selangor (UCS) telah berjaya menganjurkan Kursus Pengurusan Jenazah Kritikal dan Berisiko. Kursus ini bertujuan untuk memberi pengetahuan kepada peserta mengenai pengurusan jenazah dan tuntutan menyempurnakannya, meningkatkan kefahaman dalam pengurusan jenazah mengikut hukum syarak dan prosedur yang telah ditetapkan serta meningkatkan kemahiran dalam aspek amali dan praktikal.
Ceramah kursus telah disampaikan oleh Ustaz Afif Izwan Hj Nordinz, Jurulatih Utama Pengurusan Jenazah Pertubuhan Ukhuwah Bersama. Kursus yang disertai seramai 55 orang staf dari pelbagai PTJ di UiTM ini turut sama dijayakan oleh fasilitator dari Unit Spiritualiti HASA.
Sumber: Unit Komunikasi Korporat