19 Februari 2025 – Bengkel Pelan Strategik 2025 UiTM Cawangan Selangor telah berjaya dilaksanakan dengan melibatkan seramai 60 orang staf terdiri daripada ketua dan wakil PTJ. Bengkel yang diadakan selama dua hari ini dimulakan dengan sesi pembentangan Pemetaan Strategik UiTM Cawangan Selangor, disampaikan oleh YBrs. Profesor Dr Ahmad Taufek Abdul Rahman, Rektor, yang menjadi salah satu rujukan utama kepada pemetaan rancangan tahun 2025.
Peserta bengkel dari 14 PTJ telah menyediakan dan membentang RoadMap 2025 yang akan digunakan sebagai rujukan bagi menjalankan projek dan aktiviti sepanjang tahun 2025. Semoga perancangan yang direncana dapat dicapai dan memperoleh kejayaan bagi memacu ke arah kecemerlangan UCS agar menjadikan UiTM sebuah “Universiti Dikenali Dunia” .
Sumber: Unit Komunikasi Korporat