Kunjungan Mesra Timbalan Naib Canselor ICAN ke UiTM Cawangan Selangor

     

     

    20 Februari 2025 - Satu Sesi Kunjungan Mesra Timbalan Naib Canselor ICAN ke UiTM Cawangan Selangor telah berlangsung bertujuan untuk memperkukuhkan hubungan antara ICAN UiTM dengan iCARE dan ICAN Fakulti di UiTM Cawangan Selangor. Kunjungan YBrs. Prof. TPr. Dr. Jamalunlaili, Timbalan Naib Canselor (ICAN), telah disambut oleh YBrs. Prof. Dr. Ahmad Taufek Abd Rahman, Rektor, diiringi oleh YBrs. Profesor Dr Mohd Hafiz Mohd Hanafiah, Timbalan Rektor iCARE.

    Selain berkongsi maklumat berkaitan jaringan industri bagi manfaat bersama, sesi ini turut menggalakkan komunikasi dua hala bersama Timbalan Dekan dan Koordinator ICAN Fakulti untuk bertukar pandangan. Kunjungan ini diharapkan dapat memperkasakan jalinan kerjasama sekaligus memantapkan ekosistem akademik dan industri di UiTM.

    #UCSCemerlang

    Sumber: Unit Komunikasi Korporat

    Hubungi Kami

    Universiti Teknologi MARA Cawangan Selangor
    Kampus Puncak Alam, 42300 Bandar Puncak Alam,
    Selangor, Malaysia

    Emel: korporatucs@uitm.edu.my

    Tel: +603-3258 4000