24 Februari 2025 - Pejabat Pengurusan Fasiliti UiTM Cawangan Selangor bersama Fakulti Pergigian UiTM telah menerima kunjungan hormat daripada wakil Kementerian Kewangan, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Kementerian Ekonomi. Delegasi diketuai oleh Puan Foo Sook Fuang, Ketua Penolong Pengarah Pejabat Belanjawan Negara, Kementerian Kewangan ini disambut oleh YBrs. Profesor Madya Dr. Haidzir Abd Manaf, Penolong Rektor Kampus Sungai Buloh dan Selayang, mewakili Rektor, serta mempengerusikan mesyuarat.
Kunjungan ini bertujuan untuk membincangkan permohonan peruntukan bagi pelaksanaan Kerja-Kerja Pemulihan dan Pembasmian Kulat. Taklimat disampaikan oleh Ts. Zainolasri Abdul Sani @ Salleh, Pengarah Pejabat Pengurusan Fasiliti UiTM Cawangan Selangor, yang menjelaskan secara terperinci keadaan semasa serta keperluan kritikal untuk tindakan segera. Delegasi turut dibawa meninjau lokasi yang terjejas bagi menilai secara langsung keadaan bangunan serta skop kerja pemulihan yang diperlukan. Lawatan ini diharapkan dapat mempercepatkan proses kelulusan peruntukan bagi membolehkan kerja-kerja pemulihan dijalankan dengan segera, sekaligus memastikan keselesaan dan keselamatan warga fakulti.
Sumber: Unit Komunikasi Korporat