4 April 2025 - Satu sesi lawatan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) mangsa insiden letupan gas di Putra Heights telah diadakan oleh YBrs. Profesor Dr. Norazmir Md Nor, Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar UiTM Cawangan Selangor. Lawatan kepada pelajar yang terjejas akibat insiden tersebut adalah tanda keprihatinan pihak pengurusan UCS, sekaligus menyampaikan sumbangan bagi meringankan beban pelajar.
Dalam sesi lawatan ini, beliau turut berkesempatan beramah mesra dengan pelajar yang terlibat, mendengar luahan mereka serta memberikan kata-kata semangat agar mereka terus tabah menghadapi dugaan. UiTM Cawangan Selangor turut menzahirkan komitmen untuk membantu pelajar yang terkesan.
Sumber: Unit Komunikasi Korporat