Misi Bantuan Mangsa Banjir di Pusat Penempatan Sementara (PPS) SK Sg Binjai, Meru, Klang

     

    12 April 2025 - Seramai 20 orang sukarelawan pelajar dari Persatuan Briged Sukarelawan dan 2 orang staf Unit Kokurikulum UiTM Cawangan Selangor telah menyertai misi bantuan mangsa banjir di Pusat Penempatan Sementara (PPS) SK Sg Binjai, Meru, Klang. Misi ini telah dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Klang, PDRM, Bomba, Angkatan Pertahanan Awam (APM), Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Klang dan Ketua Kampung.

    Misi yang diketuai oleh Puan Nursyakirin Jantan, Pegawai Eksekutif (Kokurikulum) merangkap penasihat Briged Sukarelawan, telah dibantu oleh Encik Wan Shahrul Nizam Wan Mohamed Ali, Kerani Kanan (Kokurikulum), selaku Penyelaras Briged Sukarelawan. Penyertaan para sukarelawan ini mencerminkan semangat kesukarelawanan yang tinggi dan komitmen UiTM Cawangan Selangor dalam membantu masyarakat yang terjejas akibat bencana alam.

    #UCSCemerlang

     Sumber: Unit Komunikasi Korporat

    Hubungi Kami

    Universiti Teknologi MARA Cawangan Selangor
    Kampus Puncak Alam, 42300 Bandar Puncak Alam,
    Selangor, Malaysia

    Emel: korporatucs@uitm.edu.my

    Tel: +603-3258 4000