13 April 2025 - Unit Kokurikulum dan Persatuan Briged Sukarelawan UiTM Cawangan Selangor telah menyertai satu Misi Bantuan Pasca Kebakaran Paip Gas di Putra Heights. Misi dengan kerjasama MERCY Malaysia, PDRM, Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ), Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) dan Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara ini telah melibatkan 39 orang sukarelawan dan 3 orang staf UiTM Cawangan Selangor, serta sukarelawan dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).
Pasukan UCS telah diketuai oleh Puan Nursyakirin Jantan, Pegawai Eksekutif (Kokurikulum) selaku Penasihat Briged Sukarelawan. Misi ini bukan sahaja memberi bantuan kepada mangsa terjejas, tetapi juga menyemai semangat kesukarelawanan dan tanggungjawab sosial dalam kalangan warga UiTM Cawangan Selangor untuk terus menyumbang kepada masyarakat melalui program-program kemanusiaan dan kerjasama strategik bersama agensi luar.
Sumber: Unit Komunikasi Korporat