Bengkel Semakan Tadbir Urus UiTM Cawangan Selangor

     

    15 April 2025 - Bengkel Semakan Tadbir Urus UiTM Cawangan Selangor telah dianjurkan selama dua hari sehingga 16 April 2025, bertujuan membuat semakan terkini terhadap Term of Reference (TOR) serta keanggotaan ahli 43 jawatankuasa mesyuarat di UCS secara keseluruhannya. Taklimat pembukaan dan sesi Coaching Semakan Tadbir Urus telah disampaikan oleh Puan Alfina Bakar, K.M.N., CHRM, Ketua Timbalan Pendaftar Kanan, BPSM.

    Bengkel disertai oleh setiausaha dan urusetia bagi jawatankuasa di peringkat operasi dan feeder yang terlibat dalam semakan semula tadbir urus jawatankuasa bagi penghasilan Dokumen Tadbir Urus UiTM Cawangan Selangor 2.0. Hadir meluangkan masa, YBrs. Profesor Dr. Ahmad Taufek Abdul Rahman, Rektor, turut memberikan suntikan semangat serta penghargaan kepada semua Setiausaha dan Urusetia yang komited dalam menjayakan pembangunan dokumen penting ini. Diharapkan keberhasilan bengkel ini akan menjadi pemangkin kepada amalan tadbir urus yang lebih sistematik, efisien dan berimpak tinggi di peringkat UCS.

    #UCSCemerlang

    Sumber: Unit Komunikasi Korporat

    Hubungi Kami

    Universiti Teknologi MARA Cawangan Selangor
    Kampus Puncak Alam, 42300 Bandar Puncak Alam,
    Selangor, Malaysia

    Emel: korporatucs@uitm.edu.my

    Tel: +603-3258 4000