22 April 2025 - UiTM Cawangan Selangor menampilkan kelainan dalam sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini dengan mengangkat tema “Raya Hijau Lestari”, selari dengan konsep “Green Campus” yang menekankan kelestarian alam sekitar, juga bersempena sambutan Hari Bumi Sedunia (Earth Day) yang disambut pada 22 April. Majlis ini cukup istimewa apabila ke semua hiasan yang digunakan diperbuat daripada bahan kitar semula seperti kertas, plastik, dan kaca. Sebagai inisiatif hijau, bahan-bahan hiasan telah dikumpul semula di dalam tong kitar semula selepas majlis tamat, sekaligus mempromosikan kesedaran terhadap amalan mesra alam dan kelestarian kampus.
Ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada seluruh warga UiTM Cawangan Selangor yang telah memberikan komitmen, kreativiti, dan kerjasama padu dalam menjayakan sambutan ini. Semangat kebersamaan dan keprihatinan terhadap alam sekitar yang ditunjukkan amat membanggakan dan diharapkan dapat diteruskan dalam setiap program yang akan datang.
Sumber: Unit Komunikasi Korporat