19 Ogos 2022 – Perbincangan bersama pihak Konsesi TRIplc Venture Sdn. Bhd, Pengetua Kolej Casuarina dan Bahagian Penyelidikan dan Inovasi(BPI) berkaitan isu semut charlie di Kolej Casuarina. Tujuan perbincangan adalah bagi mencari kaedah bagi menangani masalah tersebut. Pihak BPI bersama penyelidik UCS telah membuat kajian awal bagi mengatasi masalah tersebut dan akan membawa cadangan tersebut kepada pihak pengurusan dan konsesi bagi tindakan selanjutnya.