UiTM Cawangan Selangor Dipilih Sebagai Rakan Strategik Fidyah Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)

PUNCAK ALAM, 9 MAC 2023 – Majlis pelancaran Rakan Strategik Agihan Fidyah Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan pelancaran Ihya’ Ramadan UiTM Cawangan Selangor (UCS) bagi tahun 1444H/2023M telah disempurnakan oleh YBhg. Profesor Ts. Dr. Asmah Awal, Timbalan Rektor (Penyelidikan dan Inovasi) Menjalankan Tugas-Tugas Rektor UCS.

Sebagai simbolik perasmian majlis, pihak MAIS telah menyerahkan kit agihan fidyah dan pihak UCS telah menyampaikan cenderahati sebagai tanda penghargaan kerana memilih UCS sebagai Rakan Strategik Agihan Fidyah MAIS.

Turut dijayakan usai majlis pelancaran ialah forum bertajuk “Fidyah: Kewajipan Yang Dilupakan”. Forum tersebut dianjurkan oleh pihak MAIS dengan kerjasana Unit Hal Ehwal Islam UCS dengan objektif untuk menyebarluas kefahaman asas berkenaan fidyah sempena Kempen Bulan Kesedaran Fidyah yang telah dilancarkan oleh MAIS.

Forum ini menampilkan ahli panel yang hebat bagi mengupas tajuk forum iaitu Profesor Madya Dr. Haji Miszairi Haji Sitiris, Timbalan Mufti Selangor dan Ustaz Indera Shahril Mohd Shahid, Pengarah Baitulmal MAIS serta dibantu oleh moderator, Dai’ Aiman.

Sumber : Nor Azyyati Md Saad (Unit Komunikasi Korporat)

Contact Us

Universiti Teknologi MARA Cawangan Selangor
Kampus Puncak Alam, 42300 Bandar Puncak Alam,
Selangor, Malaysia

Emel: korporatucs@uitm.edu.my

Tel: +603-3258 4000