UiTM Cawangan Selangor IPT Pertama Lancar Mesin Layan Diri Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR)

    PUNCAK ALAM, 21 MAC 2023 – UiTM Cawangan Selangor (UCS), Kampus Puncak Alam hari ini dipilih sebagai Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) pertama yang melancarkan mesin layan diri Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR). Lawatan Yang Berhormat Rafizi Ramli, Menteri Ekonomi ke Kampus Puncak Alam disambut baik oleh ahli pengurusan eksekutif dan warga UiTM Cawangan Selangor (UCS).

    Melalui Inisiatif Usahawan Makanan (INSAN), UiTM Cawangan Selangor (UCS) melihat ianya dapat mengurangkan kos sara hidup mahasiswa khususnya daripada golongan keluarga B40. Dianggarkan terdapat lebih kurang 4022 orang mahasiswa terdiri daripada segmen B40 di seluruh UiTM Cawangan Selangor (UCS), dimana angka tertinggi iaitu seramai 2798 orang mahasiswa ini berada di Kampus Puncak Alam.

    Selaras dengan pendekatan keseluruhan negara atau whole-of-nation approach, dengan kewujudan ekosistem yang mesra perniagaan kepada peserta IPR, UiTM berharap mesin layan diri IPR dapat diperluas ke semua kampus-kampus cawangan UiTM seluruh Malaysia.

    Sesi turun padang Yang Berhormat Rafizi Ramli, Menteri Ekonomi ke UiTM Puncak Alam disambut oleh Profesor Dr Hj. Mohd Sazili Shahibi, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) UiTM, Profesor Ts. Dr Asmah Awal, Timbalan Rektor (Penyelidikan & Inovasi) Menjalankan Tugas-Tugas Rektor UiTM Cawangan Selangor, Profesor Madya Dr Badrul Isa, Timbalan Rektor (HEP) UiTM Cawangan Selangor, Profesor Madya Sr. Dr Rosmadi Ghazali, Timbalan Rektor (Hubungan Industri, Komuniti, Alumni Dan Keusahawanan) serta ahli pengurusan eksekutif UiTM Cawangan Selangor.

    Sumber : Nor Azyyati Md Saad (Unit Komunikasi Korporat)

    Hubungi Kami

    Universiti Teknologi MARA Cawangan Selangor
    Kampus Puncak Alam, 42300 Bandar Puncak Alam,
    Selangor, Malaysia

    Emel: korporatucs@uitm.edu.my

    Tel: +603-3258 4000