Kehadiran Naib Canselor Meriahkan Program Rewang Bubur Lambuk Perdana UCS 2023

    PUNCAK ALAM, 5 APRIL 2023 – Warga UiTM Cawangan Selangor (UCS) telah bergotong-royong menyediakan 26 periuk bubur lambuk dalam program Rewang Bubur Lambuk Perdana UCS 2023. Program yang melibatkan kerjasama pelajar dan kakitangan ini  berjaya mengagihkan 11,700 pek bubur lambuk sebagai juadah berbuka puasa. Program yang diadakan bagi memupuk dan menyemarakkan kasih sayang antara pelajar, staf dan ahli pengurusan ini turut disempurnakan dengan kedatangan dan lawatan Ybhg. Prof Datuk Dr Roziah Janor, Naib Canselor UiTM. Kehadiran yang tidak dijangka itu telah menceriakan suasana program dan juga lebih 500 warga UCS yang terlibat apabila Ybhg. Datuk berbesar hati melawat dan beramah-mesra dengan kesemua 26 kumpulan warga.

    Program anjuran Unit Hal Ehwal Islam, UCS ini turut mendapat penajaan dari rakan industri UCS iaitu Faiza, Nando’s & BMES. Diharapkan program rewang bubur lambuk ini dapat diteruskan pada tahun akan datang dan mendapat sambutan yang lebih meluas lagi.

    Sumber : Nor Azyyati Md Saad (Unit Komunikasi Korporat)

    Hubungi Kami

    Universiti Teknologi MARA Cawangan Selangor
    Kampus Puncak Alam, 42300 Bandar Puncak Alam,
    Selangor, Malaysia

    Emel: korporatucs@uitm.edu.my

    Tel: +603-3258 4000