Program Rewang Raya Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK) bersama Pelajar UiTM Cawangan Selangor Kampus Puncak Alam

     

    4 Mei 2024 - Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK) dan pelajar kolej Rafflesia, Casuarina, Angsana, Dahlia dan Zamrud Baiduri telah bergotong-royong dalam Program Rewang Raya UiTM Cawangan Selangor, bagi menyambut Majlis Palam Beraya.

    Selain mengeratkan hubungan silaturahim sesama pelajar, program ini juga melestarikan serta memperkenalkan cara pembuatan makanan tradisional seperti dodol, anyaman ketupat dan rendang ayam dikalangan pelajar agar makanan tradisi tidak dilupakan oleh generasi masa kini. YBrs. Profesor Madya Dr Badrul Isa, Timbalan Rektor HEP UCS yang hadir menyantuni Majlis Palam Beraya mewakili Rektor, telah menyatakan bukan sahaja pengalaman dalam persiapan sambutan raya di kampus yang boleh dibawa pulang oleh warga kolej, malah aspek pemindahan ilmu yang diterapkan sepanjang program itu adalah lebih berharga.

    #UCSCemerlang

    Sumber: Unit Komunikasi Korporat

    Hubungi Kami

    Universiti Teknologi MARA Cawangan Selangor
    Kampus Puncak Alam, 42300 Bandar Puncak Alam,
    Selangor, Malaysia

    Emel: korporatucs@uitm.edu.my

    Tel: +603-3258 4000