4 Mei 2024 - Sekretariat Rukun Negara (SRN) UiTM Cawangan Selangor (UCS) telah menganjurkan dan menjayakan program Forum Perpaduan: Hala Tuju dan Peranan Mahasiswa Dalam Memperkasakan Perpaduan Negara Peringkat UCS. Hadir berkongsi maklumat adalah dua panel jemputan iaitu saudara Mohamed Yusuf, Timbalan Presiden Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan, dan Dr Ng Ming Yip, pensyarah Pusat Pengajian Asasi dan Umum, Universiti Selangor (Kampus Bestari Jaya).
Forum bertujuan menambahkan ilmu pengetahuan berkaitan peranan mahasiswa dalam memperkasakan perpaduan dalam golongan belia, melahirkan warga kampus yang mempunyai kesedaran yang tinggi dalam menjalankan tugas sebagai seorang warganegara yang mengamalkan semangat perpaduan, dan mewujudkan sifat positif dan terbuka dalam kalangan komuniti, sekaligus membentuk peribadi lebih berwawasan dan berfikiran secara luas.
Sumber: Unit Komunikasi Korporat