14 April 2025 - Tahniah diucapkan kepada Fakulti Pengurusan dan Perniagaan atas pelancaran Bilik MindSpace RENOVA (REsearch & InNOVAtion). Perasmian yang disempurnakan oleh YBrs. Profesor Dr Ahmad Taufek Abdul Rahman, Rektor UiTM Cawangan Selangor ini merupakan inisiatif pihak fakulti yang bukan sahaja akan memberi manfaat besar kepada fakulti, malah kepada UiTM secara keseluruhannya.
Hadir dalam sesi perasmian adalah YBrs. Profesor Madya Dr. Masturah Ma’in, Timbalan Dekan Hal Ehwal Akademik, Menjalankan Tugas-Tugas Dekan Fakulti Pengurusan & Perniagaan bersama barisan pengurusan fakulti, dan juga YBrs. Profesor Madya Dr. Amirul Afif Muhamat, Mantan Timbalan Dekan Penyelidikan & Inovasi, merangkap Perintis Bilik MindSpace RENOVA. Diharapkan dengan kewujudan ruang khas ini akan menjadi pemangkin kepada lebih banyak pencapaian cemerlang dalam bidang penyelidikan dan inovasi.
Sumber: Unit Komunikasi Korporat