UNIT KOMUNIKASI KORPORAT

LATAR BELAKANG

Peranan utama unit ini adalah sebagai pusat rujukan UiTM Cawangan Selangor di dalam penyampaian dan penyaluran maklumat melalui saluran rasmi dan media, imej korporat universiti, perhubungan awam dan media serta pengurusan aduan dan penerbitan.

FUNGSI UTAMA

  • Merancang pelan komunikasi, promosi serta publisiti segala aktiviti dan hal-ehwal korporat universiti untuk meningkatkan reputasi dan memperkukuhkan identiti dan imej UiTM Cawangan Selangor.
  • Menguruskan aspek perhubungan awam universiti yang merangkumi hubungan media dan hubungan antara jabatan/agensi.
  • Memantau, mengurus dan menyelaras maklumbalas aduan pelanggan dan cadangan yang diterima (akhbar, surat, laman web, e-aduan, media-media sosial, hadir sendiri) bagi memastikan sistem pengurusan aduan yang efektif dan efisien.
  • Merancang, mengurus dan mendokumentasikan bahan maklumat bagi setiap program dan majlis rasmi UiTM Cawangan Selangor melalui penerbitan, laporan tahunan, rakaman foto dan video bagi tujuan edaran dan rujukan pihak awam dan media
  • Sekretariat perhubungan kepada majlis-majlis rasmi universiti, majlis-majlis bersama jabatan/agensi dan majlis korporat.

CARTA ORGANISASI UKK

This browser does not support PDFs. Please download the PDF to view it: .

CARTA FUNGSI UKK

This browser does not support PDFs. Please download the PDF to view it: .

PIAGAM PELANGGAN

Kami menawarkan perkhidmatan yang berkualiti, beretika dan berintegriti dan berjanji bahawa:

  • Menerapkan budaya korporat di kalangan warga Pejabat Rektor UiTM Cawangan Selangor.
  • Memastikan dasar, maklumat dan informasi terkini UiTM Cawangan Selangor disebarkan secara efektif melalui saluran rasmi.
  • Memastikan bahan-bahan penerbitan korporat universiti melalui media cetak dan elektronik seragam dan selaras dengan dasar dan imej korporat.
  • Menyeragamkan satu imej korporat yang menampilkan identiti universiti berintensifkan penyelidikan.
  • Memperkukuhkan serta menjalinkan hubungan dua hala dengan media dan masyarakat luar.
  • Memantau isu-isu UiTM khususnya UiTM Cawangan Selangor yang terkandung di dalam media massa.
  • Menyelaras aduan-aduan diterima dalam tempoh masa yang ditetapkan.
  • Membuat hebahan maklumat aktiviti yang diterima daripada pihak penganjur sekurang-kurangnya 3 hari sebelum program dijalankan kepada kumpulan sasar.
  • Memberi layanan yang mesra kepada warga kampus, media dan pihak luar.

Borang-Borang Perkhidmatan Unit Komunikasi Korporat

1

 Permohonan Permit Iklan Sementara [ Infografik ] Download ]

2

 Permohonan Jurufoto [ Infografik ]  [ Download ]

3

 Aduan dan Maklumbalas [ Infografik ]  [ Download ]

4

 Permohonan Khidmat Majlis [ Infografik ]  [ Download ]

5

 Permohonan Memuat Naik Iklan Hebahan [ Infografik ]  [ Download ]

6

 Permohonan Reka Bentuk Grafik [ Infografik ]  [ Download ]

7

 Permohonan Cenderamata [ Infografik ]  [ Download ]

Alamat : Unit Komunikasi Korporat, Aras 5, Bangunan FF1, Universiti Teknologi MARA, Cawangan Selangor, Kampus Puncak Alam
Email :
No. Telefon
: 03-3258 4033

UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
NAMA JAWATAN NO. TELEFON NO. FAKS
Nor Azyyati Binti Md Saad Koordinator 603 3258 4078 603 3258 4019
Rosly Bin Mahmood Pereka 603 3258 7852
Mohd Noralis Bin Mohd Sharif Penolong Grafik Kanan 603 3258 7851
Muhammad Ainuddin Bin Mohd Hata Jurufoto 603 3258 4902
Norariza Binti Mohd Noor Kerani Kanan 603 3258 4033
Jamilah Binti Yaman Shah Kerani Kanan 603 3258 4887
Harina Binti Mohd Nasir Kerani Kanan 603 3258 4887
Intan Dayana Binti Tajuddin Kerani 603 3258 4000
Nor Tazada Binti Nordin Pegawai Khidmat Pelanggan  Kampus Puncak Perdana 603 7962 2000

Contact Us

Universiti Teknologi MARA Cawangan Selangor
Kampus Puncak Alam, 42300 Bandar Puncak Alam,
Selangor, Malaysia

Emel: korporatucs@uitm.edu.my

Tel: +603-3258 4000